Muar Bandar Diraja | Digital Design & Print

15 July, 2019

Tips melajukan Android (telefon pintar) anda

Telefon pintar dan tablet Android semakin hari semakin perlahan?
Korang mungkin perasan telefon atau tablet Android korang semakin hari semakin perlahan? Bila bukak apps perlahan je dia nak kuar. Kadang-kadang abes sebatang rokok baru muncul. Menda simple nak tukar dari satu app ke satu app, nak balik ke home pon dah macam apa. Tak patut jadi mcm tu.. Ada tip-tip mudah nak melajukan android.

Buang apps yang tak dipakai
Memori dalaman (internal) android terhad, makin kurang.. makin perlahan la ia menjalankan sesatu. Kalau dah penuh ngan gambar, muzik atau apps, ada baiknya buang apps yang tak pakai dan pindah file ke Dropbox atau Google Drive.

Cara nak buang apps, pergi ke Settings, buka Apps dan pilih app yang nak dibuang, tekan Uninstall. Applikasi yang datang stendet dari kilag, pengeluar atau telco yang takbleh dibuang a.k.a bloatware, sekurang-kurangnya boleh dinyahaktifkan dan disorok dari app drawer.

Screenshot by Dan Graziano/CNET

Telefon pintar yang ada memory card (microSD) boleh pindahkan app ke microSD. Untuk memindahkan app, pergi ke Settings, buka Apps dan pilih app yang nak dipindahkan, dan pilih ‘Move to SD’.

Buang data sementara (app caches)
Data sementara apps boleh menimbun dan menyemak di dalam telefon korang. Data sementara bagi tiap-tiap app boleh dibuang dari menu Apps, tapi banyak app free kat Google Play yang leh memudahkan dan tak perlu nak buat banyak-banyak kerja. Antaranya, App Cache Cleaner dan Clean Master. Download je dari Google Play.

Hadkan widgets dan live wallpaper
Ramai yang akan argue kata widgetsla antara kelebihan guna Android ni. Ia dapat tolong kita jengah info tanpa perlu nak bukak apps. Pada masa yang sama widgets jugak yang makan bateri dan buat telefon jadi slow.

Screenshot by Dan Graziano/CNET

Buang widgets melajukan android
Buang widgets terutamanya yang kuat guna data macam Facebook, akan buat smartphone anda lebih lancar dan tahan lama baterinya. Cara nak buang, tekan widget lama-lama, tarik pegi masuk bakul sampah yang kuar kat skrin.

Satu lagi menda best kat Android, adalah wallpaper bergerak-gerak (live wallpaper) Nampak memang besh, tapi mengabeskan bateri dan buat android jadi slow. Nak melajukan android, buang wallpaper idup tu dan gantikan ngan yang statik. Caranya tekan lelama kat home screen dan pilih menu yang sepatutnya.

Matikan animasi
Ada settings tersorok yang mungkin korang tak tau. Pergi ke Settings, About Phone, turun bawah sampai jumpa Build number, pastu tap tujoh(7) kali. Ya, TUJOH kali… gelak la gelak… picit je, jangan banyak bunyik. Sekarang ada akses ke Developer Options. Bahagian ni banyak settings lain tapi kalau tak reti, buat je cara tak reti. Jangan gatal tangan nak usik pape. Meletop plak nanti.

Screenshot by Dan Graziano/CNET

Satu tweak yang bleh melajukan Android adalah dengan matikan animasi. Caranya adalah dengan pergi ke Settings, Developer options, turun ke Drawing option. Seterusnya, matikan Window animation scale, Transition animation scale, and Animator duration scale. Ini kana mematikan animasi bila buka, tutup dan bertukar antara app. Walaupun nanti kelihatan agak keras sket, kurang-kurangnya takde la lembab amat dan menambah kelajuan.

Dapatkan software update
Pengeluar, telco selalu keluarkan software terbaru untuk telefon dan tablet diorang. Ada baiknya dapatkan software paling baru supaya telefon sentiasa dikemaskini dan lebih stabil keseluruhannya. Cara nak tau kalau ada software terbaru, pergi ke Settings, pilih About Phone, dan kemudian tekan “System updates”.

Root, ROM dan banyak lagi
Sesiapa yang agak berani dan advanced sket bolehlah root telefon untuk membolehkan bermacam-macam lagi tweak, lajukan processor, sumbatkan custom ROM dan sebagainya.

Root akan menyebabkan telefon korang hilang warranty dan kalau tak kena cara, boleh rosak dan jadi sendal pintu. Tanggung sendiri

Kalau ada sebarang kemusykilan lain pasal android ni, tinggalkan je komen kat bawah. Nak mintak panduan pape ke pasal android, iOS, tepon n menda berkaitan ngan IT pon bleh.

Post seterusnya, aku cuba cover bab-bab yang lebih advance. Subscribe supaya tak ketinggalan.

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram